Hello again…
Entry kali ni ialah untuk Majlis Perkahwinan diantara Saiful Yazan & Sarah Fida yang berlangsung pada 26 & 27 Jun 2009 bertempat di Bandar Baru Bangi, Selangor. Tema bagi pengantin kali ni juga menarik dan agak thrill utk saya iaitu Black & White + Arabian dress (Tema padang pasir). Sarah Fida ni sebenarnya bekerja sebagai seorang Designer di MIRROS( saya tak berapa ingat nama panjangnya tapi company ni handle pasal keselamatan Jalan Raya) So mmg tak hairanlah Idea yang dtg dari seorang designer ni selalunya pelik2. Tak gitu? Heee
Majlis perkahwinan mereka yang bertempat di Dewan Universiti Kuala Lumpur ini berlangsung dengan baik sekali dan kedua mereka ni nampak cool saja walaupun Jemputan yang datang amatlah ramai (photographer pulak yang terketar-ketar) Majlis bermula dengan satu tayangan Video yang amat menyedihkan (video mengenai Arwah bapa Sarah Fida yang telah lama meninggal dunia) Serius…cara video itu di edit di tambah pula dengan lagu-lagu Sedih membuatkan saya (yang takde kena mengena ni) turut sama terasa kesedihan mereka (ramai yang mengalir air mata) Power juga Videographer tersebut…namanya saya lupa.
Namun selepas itu, Majlis diteruskan seperti biasa (tepung tawar, makan beradab, tangkap gambar bersama ahli keluarga, posing2 dan Sesi karaoke + extra Tarian Arab…Haa!!!) Seperti biasa, saya masih disitu untuk mengambil detik2 kegembiraan mereka. Overall, Majlis tamat dengan jayanya. Alhamdulillah…
Petang tu saya sempat berjumpa dengan master Rudy di Bangi (nak makan=Lapar) sambil berbincang2 tentang photo dan benda2 lain yang karut. Ceh!
Sesi Outdoor mereka berlangsung pada keesokkan hari…(akan saya update selepas ini) So for all of you…plz Layan their pictures ok. Tq!
HaiwanBuasCreative
012-2910463
Official website: www.haiwanbuascreative.wordpress.com
E-mail address: haiwanbuas_creative@yahoo.com
YM: monte_cristo84
Majlis Pernikahan…













Majlis Persandingan…























